Tuesday, 13 March 2012

One Day Short Course On Foundation Design Guide To EN1977-1


1.0 PENGENALAN

    Piawaian British seperti BS8002 dan BS 8004 yang  biasa digunakan di dalam mana-mana reka  bentuk Geoteknik telah mula tidak digunakan mulai 2010. Piawaian telah telah digantikan  dengan “EUROCODE EC7” atau biasanya dikenali sebagai BS EN 1997 (2007).  Secara  tradisi,  amalan kerja-kerja  geoteknik di Malaysia di  rujuk kepada Piawaian British untuk reka bentuk dan pembinaan. Bertindak diatas pemilik industry, Jabatan  Piawaian Malaysia telah   membuat  keputusan menggunakn  Eurocode sebagai  kod amalan di  Malaysia.   Dibawah  kuasa  yang  diberikan  oleh  Kementerian  Sains  Teknologi  dan  Alam Sekitar, SIRIM  telah   dilantik    untuk    mengendalikan   dan   menguruskan   kerja-kerja  yang akan dilaksanakan  oleh  Jawatankuasa  Pembangunan Piawaian  (Standard  Development  Committee)  dan Orgainisasi Piawai (Standard   Writing   Organisations).  Dibawah  SIRIM Jawatankuasa  Teknikal  untuk kerja-kerja Geoteknik   (TC5)  di tugaskan   untuk   menyemak   draft   awalan  kod   amalan   EN 1997-1 mengikut almalan di Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Malaysia National Annex’. 

    Memandangkan    berlaku   perubahan  amalan  ini   maka   bengkel  ini  akan   melatih  serta   memberi pengetahuan kepada  peserta-peserta  tumpuan  (target participant)  didalam  penggunaan  kod  amalan ini  didalam  reka bentuk geoteknik.  Sebagai  permulaan reka  bentuk asas  akan digunakan bagi tujuan mengamalkan  penggunaan EN1997-1  di dalam tugas reka bentuk.  Siri kursus  pendek yang  diadakan ini, adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mempamerkan ‘Malaysia Annex’ di dalam EN1997-1, mendidik    kepada   kandungan    dan    menjelaskan    dengan   contoh-contoh    praktikal.  Pihak  kami mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya kerana menyokong usaha ini serta mereka yang terlibat sama.

1.0 OBJEKTIF
  •  Memahami perbezaan di dalam Penggunaan Eurocode dan kaedah lazim yang biasa     digunakan.
  • Meningkatkan pengetahuan di dalam rekabentuk asas  dengan menggunakan Eurocode 1997-1
  • Memahami langkah-langkah dan kaedah yang digunakan di dalam rekabentuk asas  menggunakan kod amalan EN1997-1

2.0 TARIKH CADANGAN

26 MAC 2012 / 3 JamadilAwal 1433H


3.0 TEMPAT

VISTANA HOTEL KUALA LUMPUR


4.0 SASARAN

·      Bengkel ini terbuka kepada semua  Jurutera dan Pembantu Jurutera agensi kerajaan dan swasta yang  berminat dan ingin menambah ilmu mengenai Asas Reka Bentuk mengikut Amalan Eorocode 7-1

·     Bagi memastikan keberkesanan bengkel ini, bilangan peserta adalah dihadkan kepada 30 orang yang terawal menghantar boring penyertaan.


5.0 YURAN BENGKEL
  •  Yuran Penyertaan bagi setiap peserta adalah RM 450.00 (Yuran ini termasuk kos nota bengkel, makan (Sesi pagi, tengah hari, dan petang) serta kemudahan bengkel (Tidak termasuk penginapan)

 
6.0  TENTATIF PROGRAM YURAN BENGKEL

Masa                      Aktiviti

0800 - 0830             Pendaftaran

0845 - 1000             Pengenalan Ringkas kepada           EN1977-1

1000 - 1030             Rehat

1030 - 1245             Rekabentuk Asas Dalam menggunakan EN1997-1

1245 - 1415             Makan Tengah hari

1415 - 1615             Rekabentuk Asas Cetek  menggunakan EN1997-1

1615 - 1700             Sesi Perbincangan


7.0 PENCERAMAH

Prof. Madya Ir. DR. Hj.Ramli bin Hj. Nazir merupakan seorang Pensyarah di Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan di Universiti Teknologi Malaysia sejak tahun 1989. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu  Jurutera di Jabatan Kerja Raya Malaysia   selama 4 tahun. Berkelulusan B.Eng dari UTM dan PhD dari University of Liverpool di dalam pengkhususan  Geoteknik. Berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang Geoteknik terutamanya Kejuruteraan Asas, Pembaikan Tanah dan Forensik. Selain bertugas sebgai Pensyarah didalam bidang Geoteknik beliau Jurutera Profesional dan telah banyak melaksanakan tugas sebagai jurutera rekabentuk, pemeriksa reka bentuk dan panasihat penasihat teknikal didalam bidang Geoteknik kepada berbagai agensi kerajaan dan swasta.

No comments: